Wednesday, March 19, 2008
Versi 5 : Berpindah?

Salamun Alaikum...

Benar. Laman ini masih hidup. Tapi hidupnya malas, mati tak mboh. Tumpuan saya bukan lagi pada blog ini. Saya lebih tumpukan hidup pada kehidupan. :)

Pun begitu, saya tidak berhasrat untuk membunuh langsung minat yang saya pupuk sejak tahun 2002 ini. Ya, 2002, saya telah mula blogging. Saya antara 200 orang yang terawal menjadi ahli GengJurnal. Zaman itu blogging belum menjadi trend yang terlalu meluas sekarang. Blog-blogpun masih baru dan masih tahap budak sekolah dari sudut persembahannya. Tapi sekarang, saya sendiripun tak terkejar. Dengan pelbagai widgets dan add-ons, plug-ins dan scripts, maka, saya dapati blog saya kini hanya dilawati oleh orang-orang yang tersesat, atau yang masih kenal dengan saya sahaja. :)

Saya masih belum puas berblogging sebenarnya. Sebab ketika saya merasa nikmat blogging sekitar 2004-2005, nikmat itu ditarik apabila  KDU Ver 3 saya terlalu susah nak dikemaskini. Hasilnya, sayapun mula hilang semangat untuk berblog. Apatah lagi pada tahun 2005, adalah tahun kemunduran saya. Orang kata, zaman gelap. :D

Penulis blog yang baik, dia akan menulis bukan bersekitar tentang dirinya sahaja, bahkan jauh melangkau luas melepasi sempadan diri, keluarga dan lokaliti. Penulis blog yang baik, dapat menyedarkan masyarakat tentang sesuatu isu baik dalam negara, mahupun di luar negara. Peranan penulis blog sebenarnya sama saja dengan peranan penulis di media cetak. Cuma garis pemisah antara penulis blog biasa (yang tulis suka-suka dan sibuk cerita diri sendiri saja) dengan penulis blog isu (menulis untuk kesedaran masyarakat) tidak nampak jelas sangat. Penulis blog yang baik juga, adalah yang selalu kemaskini! (Mengenakan diri sendiri) :)

Saya bukan penulis blog yang baik. Penulis yang baik pun bukan. Saya hanya seorang penulis. Baik dan buruk, kalianlah yang tentukan. Apapun, dalam kelemahan dan kekurangan sebagai penulis, saya masih ingin teruskan kegiatan blog. Tapi bukan lagi di sini. Insya-Allah, di blog baru saya di http://wewr.wordpress.com . Mungkin nanti ada yang bertanya kenapa tak guna wewr.com saja macam UmmuHani.Com atau Amzari.Com , pada saya, cukuplah guna domain wordpress. Saya tidak berkemampuan untuk membayar. Kalaupun di wordpress ada domain percuma untuk .com , saya fikir, saya masih belum berhasrat untuk menggunakannya.

Er....Saya akan cuba isi sepenuh-penuhnya apa yang saya mampu dalam blog baru. Blog baru, semangat kena baru. Mungkin kalian yang hebat-hebat di wordpress boleh ajar saya bagaimana untuk mengendalikan blog wordpress.

Saya akan cuba pindah secara berperingkat. Tiada entri barupun di wordpress, saya cuba pindahkan entri lama-lama di blog-blog lama ke blog baru. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, nanti akan siaplah blog wajah baru. Blogdrive bukannya tak bagus, tapi agak terkongkong sikit kot.

Bahan-bahan di blog baru, insya-Allah akan lebih pelbagai. Artikel, e-book, media audio dan video, dan macam-macam lagi yang saya akan kongsi...Doakan saya istiqamah menulis.

Blog ini akan jadi kenangan paling indah dalam hidup saya. Sebab di blog ini saya  tulis entri-entri  zaman gelap...:)

Sekian. Wassalam
WeWR


Posted at 03:00 pm by wewr

Muhammad Zulkhibri Bin Musa
September 13, 2008   07:54 AM PDT
 
ASSALAMU’ALAIKUM.. DAH SOLAT BELUM? APA KHABAR HARINI? JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT HENDAK MENGUMPUL KOLEKSI VIDEO CERAMAH / KHUTBAH SEPERTI SENARAI DI ATAS TETAPI TIDAK DAPAT / TIDAK TAHU CARA˛ UNTUK DOWNLOAD BOLEHLA MEMBUAT PERMINTAAN DARIPADA SAYA SAMADA MELALUI ATTACHMENT EMAIL / PENGHANTARAN DALAM BENTUK VCD KE TEMPAT MASING˛.. TERIMA KASIH..
wewr
June 23, 2008   07:10 PM PDT
 
dah tengok dah hadithuna...dah try signup pun...cuma nak tengok2 dulu kalau ia lagi bagus, baru boleh pindah lagi...haha..
alqasam
June 23, 2008   12:20 PM PDT
 
Ust,

Teruskan menulis
teruskan menulis
teruskan menulis

Jangan berhenti, kerana laman ini memberi inspirasi kepada mereka yang rindukan bumi anbiya', dan dunia tarbiyah.

Ana juga berura-ura ingin berpindah ke wordpress. Cuma di wordpress tidak boleh baca html, so ada cadangan dari sister Singapura untuk ke hadithuna.com yang menggunakan domain wordpress tapi lebih canggih dari wordpress.

Ayuh, mari!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home

wewr
January 13th
Male
Jordan
WeWR adalah kependekan We Were Rafiq. WeWR adalah seorang budak sekolah yang masih mentah dalam sekolah dunia yang terlalu banyak jurusannya, yang terlalu payah mengharunginya. Apapun, WeWR cuba menjadi seorang pelajar yang memahami, dan melangkah setiap hari ke sekolah. Duniaku, sekolahku.

Laman Lain Oleh WeWR
  • Asyraffdini@Esasterawan
  • Ringtone Nasyid
  • Ceramah Melayu
  • Ceramah Arab
  • Karya Sastera Timur Tengah
  • WeWR @ Multiply
  • Nadamurni
  • Al-Qur'an
  • Dr Mohd Asri ZA
  • RT Nasyid
  • Nazam & Matan
  • Mukjizat Al-Qur'an

    Sekolah-sekolah WeWR
  • SRI Hira'
  • Ma'had Al-Ummah
  • KISAS
  • PAQD
  • UIA
  • UM
  • UJ


  •    





    << March 2008 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31






    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed