|
Muqaddimah Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi! Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya? Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan." Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku. Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda....Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah! Penyelesaiannya Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu. Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja. Wallahu A'lam. Peringatan juga buat diriku yang sering lupa... |
| nurmuslimah August 29, 2009 12:49 PM PDT salam ukhwah ... ana bersetuju apa yg anta katakan dlm tazkirah ini ... teruskan dakwah anta ... | ||
| atiqah August 24, 2009 10:54 AM PDT hai awak kad mane | ||
| saya cantik August 23, 2009 11:41 AM PDT hai kawan- kawan puasa dah nak dekat kan jangan lupa puasa penuh tau kalau tak puasa penuh nanti tak dapat raya . selamat hari puasa | ||
| siti syakirah August 23, 2009 11:32 AM PDT assalamua'laikum hay name saya siti syakirah . cita-cita saya ialah seorang guru . | ||
| suraya August 6, 2009 09:38 PM PDT . .meminta kebenaran mengopy paste kan post ini ke blog saya. .ampun yaa http://ayarussuraya.blogspot.com/ | ||
| aliah August 1, 2009 01:25 PM PDT walaupun tutup aurat x smstinyer x blh stylo | ||
| nur cahaya July 31, 2009 10:27 PM PDT salam..terima kasih krana mmberi tguran y g bkesan ini..syukran jazilan..thanx alot | ||
| inummilah June 15, 2009 11:49 AM PDT salam.. syukran diatas entri ni.. peringatan yg amat bermakna buat saya dan muslimah2 di luar sana.. memang terkesan betul.. jazakallahukhairankathiran.. | ||
| nisa May 11, 2009 12:07 PM PDT erm... subhanallah! ntah camner terbukak plak web ni... baru j terniat kt ati nk letak gmbr kt friendster...wt fs baru...ttibe bace, bgai peringatan dari Allah...melalui wasilah anda...walau apa pun, terima kasih, sedikit sebanyak tulisan ini memberi nasihat...x rugilah orang yg saling mengingatkan...moge kita sentiasa dipimpin-Nya | ||
| amru May 1, 2009 11:30 PM PDT tp masih ramai yg x bleh trima teguran mcm ni...hanya yg hatinya bersih nampak penting prkara mcm nih..selbihnya memandang sinis saja.....elmultazam@yahoo.com | ||
| amru May 1, 2009 11:29 PM PDT tp masih ramai yg x bleh trima teguran mcm ni...hanya yg hatinya bersih nampak penting prkara mcm nih..selbihnya memandang sinis saja.....elmultazam@yahoo.com | ||
| safia April 18, 2009 10:56 AM PDT ya allah bagusnye komen saudara..tima kaci ats teguran yg hebat.. | ||
| sophie March 24, 2009 11:01 AM PDT ya ALLAH....ckp tertampar bl bce...huhu..matlamat mmg x menghalalkan cara....so mncegah lbh baik dr merawat..syukran | ||
| baru sedar November 9, 2008 03:55 PM PST salam.. wah baru sedar... syukran jazilan... sblm nie sya x t'fkr pun benda tu semua.rupanya banyak yang boleh terjadi...makasih sedarkan kami semua muslimah...makasih skali lagi...wasalam | ||
| mawarbungsu March 14, 2008 07:15 AM PDT salam...satu teguran ikhlas yg berguna buat kaum muslimah..diri sndiri mmg kdg2 lupa..jk org lain lebih prihatin lam mslh kita (muslimah) dan jk itu teguran yg benar, jgn melenting..teguran2 tuk kebaikan didtgkan Allah dr pelbagai cara...tq ats keprihatinan tuan..baarakallah | ||
| pohon hijau August 3, 2007 06:15 PM PDT Salam..betul dan benar teguran yang dibuat...pada ana tidak ada keperluan apalagi kepentingan utk para muslimah meletakkan gambar dalam blog mereka...cukuplah rasa malu apabila wajah dilihat oleh para lelaki menjadi sebab agar gambar tidak diletakkan dalam blog... | ||
| budak comel May 6, 2007 07:01 AM PDT nak kopi pes | ||
| alqasam April 11, 2007 06:43 PM PDT salam MasyAllah a very good thing to ponder.. Ramai yg terlupa walau ada tarbiyah..patut2 sgt patut kita hightlight isu ni sebab ramai yg leka bila internet menjadi fitnah dgn alasan wasilah dakwah..Moga kita terpelihara | ||
| jannah April 10, 2007 10:51 AM PDT tgk aje kat ...ramai muslimah expose gambo kat situ...nauzubillah...kalau ana x mampu nak buat cam2...dunia internet...mcm2 boleh jadi | ||
| babazahra' March 30, 2007 04:17 AM PDT sebenarnya bro, tarbiyah tu sebelum diorang buat weblog itu lagi, bukan sekarang. apa tujuan diorang buat weblog itu? tapi kalau disekat dan dihalang ia jadi lebih kusut. circa 1998-99 fenomena CC melanda Jordan x terkecuali siswi M'sia. Hebat memang hebat. | ||
| hud March 25, 2007 04:26 PM PDT tertinggal namer lah tadi :) | ||
| Name March 25, 2007 04:25 PM PDT assalamua'laikum asy.. hmm, tq for the tazkirah...bender yg kiterpun tak pernah terfikir..org tertarik hati hanya kerana gambar dan wajah di weblog...tq once again...wish ya all the best | ||
| Leave a Comment: |