|
Aku tidak layak Untuk memiliki Aku tidak layak untuk dia, untuk mereka untuk bumi ini Aku tidak layak memiliki Segumpal manisnya Sepicing kasihnya Seinci bumi ini Aku tidak layak bukan kerana tinggiku, lamaku, Tapi kerana gunung silam yang tinggi Dia, Mereka, Bumi ini, Terlalu tinggi, untukku sampai dan daki sehingga tangan yang menghulur tak pernah dapat kugenggam tak pernah dapat kucapai rapi Aku adalah pengembara lembah di pesisiran nista mereka Hati, Atma, Jiwa, Jangan padamkan rasa kerana cela mereka adalah semangat buatku mendenai dunia. 19 Jun 2007 2.05 a.m. |
| syeikhryz July 21, 2007 06:46 PM PDT salam ya akhi!.sajak yg menarik....tahniah....kerana berjaya mewujudkan blog yg segar!.salam... | ||
| namakusiapa June 19, 2007 05:59 AM PDT siapa tak layak? saya layak je kan? hehe.. manusia sama darjatnya selagi nama tak tertulis di pintu sorga. bawak2 la bersabar. daki pelan2.. | ||
| Leave a Comment: |